Monday 27 February 2017

ciri-ciri murid cemerlang

 ciri- ciri murid yang hendak cemerlang

                  

 1)Tidak mensia-siakan biar pun seminit

akan masanya dengan bijaksanaSeorang pelajar yang cemerlang menggun seperti belajar  semasa pertukaran kelas, semasa menunggu bas sekolah, sebelum atau semasa makanan dihidang. 

2)Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa bukuke setiap tempat yang anda pergi. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

3)Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca.  Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

4)Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas.  Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca.  Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda.  Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

5)Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut.  Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat.  Jangan ikut perasaan.  Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggunggjawab terhadap pelajaran. Pastikan anda peruntukkan masa yang cukup untuk mengulangkaji mata pelajaran.

6)Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari.  Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

7) Ulangkaji sebanyak yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akan dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya.  Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

8)Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menanya kemusykilan anda.  Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya.  Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda.  Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda atau orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

9)Berikan penumpuan pada mata pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam sesuatu mata pelajaran , peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji.  Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau  tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

10)Mengunjungi perpustakaan selalu mengunjungi perpustakaan dan mencari bahan-bahan yang anda perlu.

MONDAY, 10 OCTOBER 2011


sahabat baik

sebelum memilih sahabat, kita perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum memilih kawan kerana zaman sekarang cukup sukar untuk mencari kawan yang bergelar sahabat. Kawan boleh dicari di mana-mana sahaja  tetapi sahabat itu yang paling susah untuk dikenal pasti kerana sahabat itu adalah kawan yang sanggup bersusah payah dan sentiasa bersama kita walaupun kita dalam keadaan senang atau susah. 

terdapat beberapa ciri-ciri seorang sahabat. antaranya ialah:
~Jika kita memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
~apabila perjalanan hidup kita salah, dia perlu mengubahkan.
~tidak berkhianat
~selalu memberi sokongan dan dorongan

kita berjaya kerana kawan, kita hancur kerana kawan.






                 



                





Adat resam di malaysia

        Adat resam di malaysia

Image result for adat resam

     KEPELBAGAIAN BANGSA MALAYSIA Malaysia mepunyai pelbagai kaum dan adat resam,antara kaum yang utama ialah kaum melayu,cina,dan india Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.





      ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU
      


     Adat resam kelahiran Wanita yang mengandungkan anak sulung akan menjalankan upacara melenggang perut oleh seorang bidan .Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mempunyai kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.Adat ini dijalankan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.Bidan akan menyambut bayi dengan jampi serapah dan daun sirih akan disemburkan kepada bayi itu. Selepas bayi dibersihkan, tali pusat bayi akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Lazimnya tali pusat bayi akan tertanggal dalam tempoh seminggu dan adat cuci lantai atau adat naik buai akan diadakan.Adat ini sebaiknya dilakukan pada hari isnin dan khamis .Adat cukur rambut ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkanl dan kebiasaannya Kenduri nasi kunyit dan doa selamat akan diadakan pada hari tersebut.Upacara naik buai bermaksud bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini.




        Semasa Kematian

 Apabila berlaku kematian, keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu.Mayat akan ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin.Mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat barsama ahli keluarga dengan tertib dan cermat. Jenazah akan di kapankan dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih dan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati.Jenazah akan dikebumikan dan upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam berserta doa, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur .Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari
  
    ADAT RESAM MASYARAKAT CINA.

      Masyarakat cina mempunyai banyak pantang larang seperti tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan, mengawal tingkah laku dan mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin dan Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan.Masyarakat cina melarang member nama semasa mengandung dan tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin.
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga.

Selepas mayat dimandikan,mayat akan disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik mengikut status si mati. Ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat dan diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat banyak jasa apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan. Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.

         ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA


     Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan untuk kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit.Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut. Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan untuk mengelak bala atau sebarang malapetaka dariapada berlaku.Ibu dan bayi akan diasingkan dari ahli keluarga dan orang luar dilarang melawat kecuali untuk tujuan perubatan selama dua minggu. Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari,upacara pemberian nama dilakukan.. Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan juga disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi. Dalam peringkat merisik, selalunya maklumat mengenai gadis tersebut diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taragar akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam. Kunjungan Ke Rumah Pengantin Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.


         adat resam orang asli

    Masyarakat Orang Asli merupakan satu entiti masyarakat Malaysia yang tersebar di seluruh negara di Semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Negeri – negeri yang banyak ditemui kewujudan dan penempatan mereka ialah Pahang diikuti Perak, Kelantan dan seterusnya.
Image result for adat resam



          

Image result for adat resam
   

Sunday 26 February 2017

lagu kegemaran saya

                 lagu kegemaran saya......






                             

                             antara lagu kegemaran saya....

                lirik lagu Insya Allah


                     Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah 2x
Insya Allah we`ll find the way












     

 -muzik dapat menghilangkan rasa bosan kita, Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza: Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburanmanakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia moden homo-sapien 180,000 hingga 100,000 tahun dahulu. Tiada siapa tahu bila manusia mula mengenal seni dan muzik. Dari penemuan arkeologi di lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun hingga 100,000 tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak manusia. Dengan otak manusia yang lebih pintar dari haiwan, mereka membuat pemburuan yang lebih terancang sehingga boleh menumpaskan haiwan yang besar. Dengan keupayaan otak ini, mereka berfikir lebih jauh hingga ke sebalik reality mencapai imaginasi dan spiritual. Bahasa untuk perhubungan mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa & perkataan ringkas untuk amaran bahaya & nama-nama haiwan buas, perlahan-lahan beberapa perkataan muncul untuk menamakan beatau sesuatu didalam fikiran mereka yang membuatkan mereka mula mengumpul manik-manik dari cengkerang siput laut sebagai perhiasan untuk rantai leher. Mereka mula mengores garisan diatas kayu dan batuan dengan corak-corak menggambarkan pemikiran mereka. Dinding-dinding gua tempat mereka berlindung dilukis dengan warna-warna dari tumbuh-tumbuhan.


                                               antara muzik lain yang saya suka



       opik adalah penyanyi islamic yang saya suka semua lagunya      mengajarkan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah..


    secara keseluruhannya kita jangan anyik nak dengar lagu sahaja , kita juga mesti belajar untuk kita berjaya,,,,





                

        

    Thursday 16 February 2017

    Hari Pertama Persekolahan

        Image result for sekolah smk ayer baloi

     ðŸ‘¦Hari Pertama Persekolahan👧
    👉Muhammad Aiman Bin Maidin
    👉 3 beta
    👉 Tahun: 2017



    Image result for sekolah
    sekolah




    HOBI SAYA PADA WAKTU LAPANG

    HOBI SAYA IALAH MELUKIS




    Image result for PENSIL


    -MELUKIS ADALAH HOBI YANG MENARIK MELUKIS DAPAT MENYERLAHKAN BAKAT SESEORANG.MELUKIS JUGA DAPAT MENGISI MASA LAPANG SESEORANG DARIPADA MEREKA MEMBUAT PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH LEBIH BAIK MEREKA MELUKIS.



    Image result for GUNUNG

    CONTOH GAMBAR PEMANDANGAN YANG BOLEH KITA LUKIS.


    Image result for upin dan ipin

    contoh kartun yang dibuat di malaysia




    MARI MELUKIS KARTUN


    Kartun (cartoon dalam Bahasa Inggris) berasal dari bahasa Italia, cartone, yang berarti kertas. Kartun pada mulanya adalah penamaan bagi sketsa pada kertas alot (stout paper) sebagai rancangan atau desain untuk lukisan kanvas atau lukisan dinding, gambar arsitektur, motif permadani, atau untuk gambar pada mozaik dan kaca. Namun seiring perkembangan waktu, pengertian kartun pada saat ini tidak sekadar sebagai sebuah gambar rancangan, tetapi kemudian berkembang menjadi gambar yang bersifat dan bertujuan humor.Sebagai salah satu bentuk komunikasi grafis, kartun merupakan suatu gambar interpretatif yang menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan suatu pesan secara cepat dan ringkas, atau sesuatu sikap terhadap orang, situasi, atau kejadian-kejadian tertentu. Kartun biasanya hanya mengungkap esensi pesan yang harus disampaikan dan menuangkannya ke dalam gambar sederhana, tanpa detail, dengan menggunakan simbol-simbol, serta karakter yang mudah dikenal dan dimengerti secara cepat.



    APA ITU KARTUN

    Kartun adalah gambar dengan penampilan lucu yang mempresentasikan suatu peristiwa.[1] Orang yang membuat kartun disebut kartunis. Beberapa jenis gambar kartun yang dikenal saat ini ialah kartun editorial, gag cartoon, dan strip komik.[2][3] Kartun editorial atau kartun politis biasanya ditujukan untuk menyatakan pandangan politik atau sosial dengan cara menyindir. Sementara itu, gag cartoon dimaksudkan untuk melucu tanpa menyindir. Strip komik ialah gambar kartun dalam bentuk komik singkat. Kartun dapat pula digunakan sebagai ilustrasi, misalnya dalam bukumajalah, atau kartu ucapan.[4] Selain itu, kartun juga berkembang dalam media lainnya, yaitu film, dan dikenal sebagai animasi.


    1.Dalam menggambar, kita akan selalu menggunakan beberapa garis untuk membantu agar gambar kita menjadi lebih seimbang .
    Garis bantu apa saja yang akan kita pakai? kita mulai dengan membuat sebuah garis bulat.


    2.lalu kita buat sebuah garis menegak di tengah-tengah lingkaran tersebut, dan buat garis menegaknya lebih panjang dibagian bawah garisan bulatan.



    3.sekarang, kita buat garis melintang pula di tengah-tengah bulatan tadi. Garisnya boleh lebih sedikit dari bulatannya.


    4.ok, sudah selesai dengan garis asas? sekarang kita detailkan lagi garis-garis bantunya agar presisinya nanti akan lebih mantap.
    Buatlah garis melintang yang sedikit lebih kebawah dari tepi paling bawah bulatan tadi, panjang garisnya minimal sepanjang garis melintang sebelumnya.

    5.sekarang buat sebuah penanda kecil di garis menegak tadi, jaraknya dari tepi bulatan bawahnya adalah sekitar 1/4 dari total diameter bulatan tadi.

    ini adalah garis dagu, inilah yang akan menentukan seberapa besar panjang kepala karakter kita nanti

    6.buatlah garis menegak (yang agak miring) mulai dari sisi paling kiri lingkaran, sampai ke garis rahang yang barusan kita buat tadi. dan teruskan garisan sampai ke garisan dagu.buat kiri dan kanan.



    7.sekarang,perhaluskan garis di tepi pipi supaya nampak lebih bersih dan licin dan padamkan garisan yang tidak berkenaan.


    8. Bentuk kepala sudah menjadi. Baiklah, sekarang kita akan membuat beberapa tanda untuk membuat gambar mata, buatlah sebuah titik di garis melintang bulatan tepat di tengah-tengah antara garis menegak bulatan dengan tepi bulatan.



    .9.Kita mulai dengan membuat garis lengkung yang akan menjadi kelopak atas dan bawah mata kita 



    10.sekarang, buatkan anak matanya dan keningnya untuk menampakkan lagi karekter yang anda lukis 




    11.sekarang, kita lukiskan hidung pada garisan menegak di tepi atas bulatan tadi dan mulut pada pada tepi bawah bulatan.








    12.Garis telinga itu kurang lebih sama seperti huruf C, dan lipatan dalam daun telinganya itu seperti huruf S. 

    posisi telinga itu biasanya dimulai dari bagian tengah mata, sampai tepi bagian bawah bulatan. 



    13.lepas tu, padamkan garisan menegak,melintang dan garis bulatan yang ade pada dalam muka..

    14.untuk menggambar rambut, kita akan membuat 2 garis bantu lagi.pertama buatlah sebuah garis lengkung di atas mata... seperti ini.




    15.buat garis lengkung lagi di luar bulatan kepala dan ikutilah kelengkungan garis bentuk kepala.




    16.akhir sekali,lukis rambut pada garisan yang telah anda lakarkan tadi. Tapi, pastikan anda tidak melebihi garisan dalam.




    selesai sudah tutorial kita pada hari ini,saya pasti anda akan mencubanya di rumah nanti


    inilah hasil gambar yang telah siap diwarnakan









    Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ialah sejenis ilusi optik pergerakan disebabkan kejadian penerusan penglihatan, dan boleh dihasilkan dan didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video, namun juga terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.

    oleh itu kita mesti menyerlahkan bakat yang kita ada seperti melukis.Mana tahu kita akan menjadi seorang pelukis/pelukis komik yang berjaya pada masa akan datang